[VIDEO] "Elak Buat Dosa Kering" - Kad Jemputan Kahwin Jangan Letak Nama Allah

7 Dec 2023 • 4:04 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Sudah menjadi satu kebiasaan pengirim kad jemputan kahwin memulakan isi kad tersebut dengan ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.

Namun, perkara ini menimbulkan rasa kurang senang pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar apabila kalimah Allah jelas tertera di atas kad tersebut.

image is not available

“Pada saya, memanglah tujuan pengirim kad itu bagus kerana memberi mukadimah dengan memberi salam dan sebagainya.

“Tetapi, kita kena ingat bahawa orang yang menerima kad jemputan ini tidak akan menyimpan sebaliknya ia akan dibuang.

“Tak pasal-pasal kita buat dosa kering dengan buang kad yang tertera nama Allah di atasnya. Oleh itu, saya menasihatkan pengantin yang lain untuk tidak meletakkan kalimah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.,” jelasnya.

Hantaran tersebut telah dikongsi oleh @kedai_ibu_dan_anak di laman TikTok dan perkara ini turut disokong oleh pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

“Cara menghapuskan kad kahwin yang mempunyai kalimah Allah sebegitu adalah dengan menghapuskan kalimah tersebut dengan cara membakar sekalipun,” katanya.

Tambahnya, menulis kalimah tersebut di dalam rumi juga sudah memadai.

image is not available

Sumber: KOSMO! ONLINE

View Original Article