[VIDEO] Fenomena Jarang Berlaku. Gunung Berapi Lumpur Meletus Di Lahad Datu, Sabah!

19 Sep 2022 • 12:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seperti yang kita tahu, Malaysia sangat bertuah kerana berada di titik tengah Garisan Khatulistiwa dan terletak di luar jalur Lingkaran Api Pasifik serta menyebabkan kita berada di kawasan berisiko rendah terhadap gempa bumi dan gunung berapi.

Namun sejak malam tadi -- viral di media sosial dengan rakaman sebuah fenomena yang jarang berlaku di negara kita iaitu gunung berapi lumpur sedang meletus di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah.

Video berkenaan dipercayai telah dirakam serta dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

image is not available

Perkara itu juga menyebabkan orang ramai menjangkakan kemungkinan akan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Bagaimanapun, kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah -- malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain antaranya di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

image is not available

Kewujudan gunung berapi lumpur atau garuok dalam kalangan masyarakat Sabah, menyebabkan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

Selain itu, antara kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur.