Video 'fitnah' KM, YB; laporan polis dibuat

LocalPolitics
13 Aug 2024 • 9:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Dua laporan Polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada Selasa berhubung penyebaran dua video berunsur fitnah di media sosial yang tular sejak beberapa hari lepas.

Laporan Polis itu dibuat susulan hantaran jelik di dalam dua video yang tular itu yang memfitnah dan mengaitkan wakil rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah terhadap isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek klinker dan simen di Tongod dan projek baru Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di tapak rumah pangsa Tanjung Aru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Ramasamy Kuppan, berkata, kedua-dua laporan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Polis juga menasihatkan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Sementara itu, difahamkan, dua lagi laporan berkenaan juga masing-masing dibuat di Balai Polis Penampang dan Balai Polis Karamunsing yang mana video yang tular terbabit juga didakwa telah memetik dan memfitnah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.