(VIDEO)”Founder B*doh Mana Ni?” – Buat Video Isi Minyak Lamborghini Sambil Main ‘Phone’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Cars
21 Jul 2022 • 1:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika anda mengisi petrol di stesen minyak, anda dikehendaki untuk menutup enjin kenderaan, dilarang merokok dan tidak boleh menggunakan barangan elektronik seperti telefon bimbit misalnya.

Namun tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang wanita sedang membuat demo mengisi minyak untuk kereta mewah jenis Lamborghini di sebuah stesen minyak.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu turut menunjukkan harga ‘full tank‘ untuk kereta mewah yang dipandunya.

Turut bersama wanita itu adalah suami dan juga anak mereka.

Video tersebut ternyata telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang rata-ratanya beranggapan bahawa wanita itu meletakkan dirinya dalam risiko kemalangan hanya kerana ingin membuat video seperti itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Tolong ambil tindakan. Bangang jenis apa main phone masa isi minyak? Tak kira lah duduk dekat ke duduk jauh ke. Dalam kereta je boleh main phone.-netizen

Ada juga netizen yang naik ‘meluat’ apabila melihat wanita itu yang seolah-olah menunjuk harta peribadi di media sosial.

Alahai, menunjuk-nunjuk sungguh RM400 tak mahai. Sekali ditarik nikmat baru ada akal. -netizen

image is not available 6 jam lalu

(VIDEO)"Dua-Dua Gatal.."- Dicurangi Ketika Hamil, Isteri Bawa Suami Makan Tempat Kerja Skandal

View Original Article