Video Gaduh Tular, Polis Kesan 6 Lelaki

21 Jul 2022 • 8:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

GOMBAK - Polis sedang mengesan sekumpulan individu berhubung penularan sebuah video yang memaparkan pergaduhan antara melibatkan dua lelaki di Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed video berdurasi dua minit 38 saat itu memaparkan satu pergaduan melibatkan dua lelaki di hadapan kafe Pusat Komersil Anggun City di Bandar Country Homes.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Azrul Amirul Bin Mustafa di talian nombor 03-61262222 dan 011-12300778,” ujarnya. - Getaran, 21 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved