(VIDEO) Gara-Gara Video Makan ‘Fries’ Bersepah, Influencer Kena ‘Face Shaming’ Sudi Maafkan Netizen – “Yang Jadikan Saya Ni Allah S.W.T”

18 Dec 2023 • 7:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor dan pencipta kandungan YouTube, Ammar Nazhan memaklum bahawa dia sedar dirinya dihina dek kerana video makan kentang goreng yang menjadi tular tempoh hari.

Ujar Ammar atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan Noralyadi,27, kecaman berunsur ‘face shaming’ itu diterimanya dengan hati yang terbuka dan sama sekali tidak berkecil hati dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan netizen kepadanya itu.

Malah, dia juga memaafkan sesiapa sahaja yang pernah mengutuk rupa parasnya gara-gara video tersebut.

Pada yang shaming saya itu tidak mengapa, saya terima kekurangan saya. Yang jadikan saya ni pun Allah S.W.T, jadi saya terima diri saya seadanya.

Ujarnya lagi, ibu bapanya turut membantu dia ketika menghadapi masa sukar tersebut.

Mak dan ayah saya selalu nasihat perkara baik, kalau mereka tiada saya pun tak tahu sebab saya pun lemah semangat kekadang.

Ammar sebelum ini menjadi sebutan netizen di media sosial gara-gara videonya yang dikatakan ‘mengarut’ dan membawa unsur cinta keterlaluan selain isu bersekedudukan yang dibangkitkan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Kali Ini Terpaksa Buat.." - Intan Liana Buka Tabung Sumbangan, Nak Balas Saman Ude Dan Izreen Azminda

View Original Article