[VIDEO] Guna Teknik Pemadam Teka Jawapan Peperiksaan, Gelagat Pelajar Ini Buat Ramai Relate

30 Nov 2022 • 4:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak tahu jawapan, baling je pemadam

[VIDEO] Guna Teknik Pemadam Teka Jawapan Peperiksaan, Gelagat Pelajar Ini Buat Ramai Relate. Jika kita imbau kembali sewaktu zaman persekolahan, ramai pelajar yang mempunyai teknik tersendiri untuk menjawab peperiksaan.

Rata-rata mereka yang bersikap kreatif ini selalunya termasuk dalam golongan yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dan hanya mengharapkan ‘nasib’ sewaktu menghadapi peperiksaan.

Tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang pengguna @im_chowok memuat naik rakaman gelagat pelajar perempuan membaling pemadam untuk meneka jawapan yang tepat dalam ujian.

image is not available
[VIDEO] Guna Teknik Pemadam Teka Jawapan Peperiksaan, Gelagat Pelajar Ini Buat Ramai Relate

Bila sibuk tengok world cup, lupa esok exam

Menerusi hantaran tersebut, @im_chowok berseloroh dalam videonya, “Bila semalam kau sibuk nak tengok world cup tapi lupa ada exam…bukan main kau baling pemadam ek”.

@im_chowok

bukan main kau baling2 pemadam ek.. jgn risau.. masa paper maths saya pun cam ni juga image is not available

♬ suara asli – image is not available𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧image is not available

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen memahami keadaan pelajar tersebut yang bersikap kreatif dan ada yang terhibur dengan gelagatnya menjawab peperiksaan dalam saat yang getir.

image is not available
Kredit: Tiktok @im_chowok

image is not available
Kredit: Tiktok @im_chowok

image is not available
Kredit: Tiktok @im_chowok

image is not available
Kredit: Tiktok @im_chowok

image is not available
Kredit: Tiktok @im_chowok

Sehingga kini video yang dimuat naik itu telah mencapai 1.7 juta tontonan dan 127.6 ribu tanda suka.

Sudah semestinya, bukan mudah untuk menjawab peperiksaan lagi-lagi buat pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran dan hanya menilik nasib pada sebiji pemadam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved