
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Azmi berkata memorandum itu dihantar bagi mendesak Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan yang disifatkan sebagai biadab dan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.
“Abdul Hadi dengan jelas tidak menghormati institusi raja berperlembagaan di negara ini.
"Kalau dia enggan, bolehlah Yang di-Pertuan Agong tarik balik darjah kebesaran yang beliau peroleh daripada institusi raja di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Pintu 3, Istana Negara pada Rabu.
AKAN MENYUSUL



