[VIDEO] Himpunan Al-Quds menuju ke Kedutaan Amerika

14 Apr 2023 • 2:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia itu dimulakan dengan laungan takbir bermula jam 2 petang.

image is not available
Suasana Himpunan Solidariti Hari Al-Quds Sedunia di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur pada Jumaat.

image is not available
Kira-kira 100 individu yang berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, di sini mula berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat dengan kawalan pihak polis, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 individu yang berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, di sini mula berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat dengan kawalan pihak polis, pada Jumaat.

Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia itu dimulakan dengan laungan takbir bermula jam 2 petang.

Perarakan ini juga ekoran tindakan biadab tentera pendudukan haram Israel menceroboh Masjidil Aqsa dan menyerang rakyat Palestin pada 5 April lalu.

Himpunan solidariti ini disertai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Hari Al-Quds Sedunia berlangsung pada Jumaat minggu terakhir Ramadan setiap tahun dan mula diraikan di sebahagian besar negara Islam sejak awal 1980-an lalu.

Ia diadakan sebagai tanda solidariti umat Islam memperingati detik ‘hitam’ Palestin mula dijajah oleh pendatang haram Zionis dan menawan kota suci Al-Quds.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved