[VIDEO] Hujan lebat sekejap, air terus naik di Salak Tinggi

9 Nov 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hujan lebat sekejap, air terus naik di Salak Tinggi

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda kawasan Salak Tinggi, Sepang, hari ini menyebabkan air naik dengan cepat sehingga mengakibatkan beberapa kawasan kediaman penduduk dinaiki banjir.

Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan penduduk apabila air keruh dilihat memenuhi kawasan halaman rumah dalam tempoh singkat.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @ly_nqqq, keadaan banjir di Kampung Giching, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, menunjukkan air melimpah sehingga menenggelami sebahagian kawasan di sebuah kediaman.

Rakaman video yang dikongsikan turut memperlihatkan hujan turun dengan lebat, manakala air berwarna coklat memenuhi kawasan sekitar rumah berkenaan.

Menurut pengguna tersebut, dia terkejut dengan keadaan air banjir yang naik begitu pantas berbanding kebiasaan sebelum ini.

“Aku benar-benar terkejut apabila melihat air banjir naik dengan begitu cepat. Sebelum ini, air tidak naik sepantas ini kerana ada kerja-kerja mengorek parit dan sungai.

“Namun, sekarang saya tidak nampak kerja-kerja penyelenggaraan parit atau sungai dilakukan sebelum musim hujan bermula,” dakwanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam pada itu, pengguna berkenaan turut meluahkan kebimbangan terhadap pembangunan pesat di sekitar Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi dan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurutnya, pembangunan kawasan perumahan perlu disertai sistem perparitan yang lebih baik bagi mengelakkan penduduk kampung berdepan risiko banjir.

“Kalau hendak membangunkan taman perumahan baharu, pastikan sistem perparitan dibina dengan baik dan mempunyai kapasiti yang mencukupi.

“Akhirnya, penduduk kampung juga yang terpaksa berdepan dengan masalah banjir,” katanya.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Hujan lebat sekejap, air terus naik di Salak Tinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved