(VIDEO) “I P*nd*n Oversea Tau!” – Pelancong Baling Duit, Mengamuk Dituduh Curi Barang Dalam Butik Di Bukit Bintang

13 Feb 2024 • 4:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila beberapa lelaki transgender dilihat mengamuk dan dan menendang pintu utama sebuah butik fesyen pakaian di media sosial.

Amukan di Bukit Bintang

Dalam video tersebut, lelaki-lelaki berpakaian wanita itu dilihat cuba memasuki butik pakaian terkenal yang berloaksi di Bukit Bintang itu namun gagal.

image is not available

Sumber : X  

Menurut sumber, mereka-mereka itu didakwa melakukan perbuatan mencuri namun ‘kantoi’ dengan pekerja yang bertugas.

Tidak cukup dengan menendang, salah seorang daripada mereka diliaht menaburkan beberapa kepingan wang di hadapan butik berkenaan.

“Saya ni pondan oversea tau!”

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila ada di antara mereka yang menjerit “Saya…I ni pondan oversea tau. I pondan oversea!”

Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya.

image is not available

Sumber : X  

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa individu-individu itu pada akhirnya terpaksa membayar harga barangan yang dicuri pada hari kejadian..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Didakwa Sengaja 'Rendam' Anak Teman Wanita Sebanyak 12 Kali Sebelum Maut, Si Ibu Bergelar Pelakon 'Back Up' Teman Lelaki?