
Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri mengesahkan video tular mengenai insiden ikan mati terapung di perairan tidak dikenal pasti yang dikaitkan dengan pelepasan sisa toksik di Fukushima, Jepun, tidak berlaku di Sabah.
Menterinya Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata Kementeriannya menerusi siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan kejadian kematian ikan itu berlaku beberapa minggu lalu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia melibatkan ikan yang diternak dalam sangkar.
Beliau berkata, punca kematian difahamkan adalah kejadian alga merah dan tiada kaitan dengan pembebasan sisa toksik.
“Kementerian ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang dengan keadaan ikan yang mungkin dicemari racun kerana Jabatan Perikanan Sabah dan beberapa agensi serta institusi berkaitan sedang memantau rapi keadaan itu dan telah mengambil langkah berjaga-jaga.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kementerian meminta orang ramai khususnya nelayan melaporkan segera sekiranya melihat sejumlah besar ikan mati secara mengejut di mana-mana perairan di Sabah,” kata Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri 1.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



