[VIDEO] Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat nikah dengan jurutera

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 12:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Ina sah bergelar isteri kepada jurutera Mohd Khairul di Felcra Sungai Ara pada Jumaat.

image is not available
Ina tidak dapat menahan sebak pada majlis akad nikah.

image is not available

image is not available
Ina sah bergelar isteri kepada jurutera Mohd Khairul di Felcra Sungai Ara pada Jumaat.

image is not available
Ina bersama anak-anak bergambar selepas sah diijabkabulkan dengan Mohd Khairul.

image is not available
Hanya dengan sekali lafaz, Mohd Khairul selamat bergelar suami kepada Ina.

PENYANYI juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, bergelar isteri buat kali kedua selepas melangsungkan pernikahan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, pada Jumaat.

Majlis akad nikah berlangsung di rumah keluarga pihak pengantin perempuan di Felcra Sungai Ara di sini, secara sederhana dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkata, perkenalan dengan suaminya itu yang juga peminat arwah suaminya, Suhaimi bermula apabila lelaki terbabit memulakan salam perkenalan menerusi kiriman mesej di WhatsApp pada Mei lalu.

Pada majlis itu Mohd Khairul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000

Ina sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.50 pagi.

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.

Pada 12 Ogos 2007, Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 44.

Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun itu, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie,16, Sallman Elkhoyri, 14, Phyrosh Elfadwah, 12, dan Nur Layla Elghufrony, 10.

Manakala Mohd Khairul mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.