(VIDEO) “Ini Hijrah Kecil Saya”- Penjelasan Ustazah Asma’ Insafkan Rico Rinaldi, Enggan Lagi Reka Baju Seksi

3 Aug 2022 • 9:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pereka fesyen tempatan terkenal, Rico Rinaldi menerusi laman media sosial miliknya ada menyampaikan bahawa dia kini tidak lagi mereka dan membuat baju yang tidak menutup aurat mereka yang menempah sebarang baju dengannya.

Dalam untaian tweet Rico, dia menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah dia mendapat penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun mengenai hukum mereka baju seksi dan tidak menutup aurat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rico Rinaldi (@thericorinaldi)

Katanya lagi, dia telah menerima ‘tamparan hebat’ apabila ramai pelanggan yang menempah baju telah membatalkan tempahan dan meminta duit deposit baju yang dianggarkan antara RM3,500-RM5,000 sehelai.

Tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata.

Ujar Rico, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi namun yakin rezeki perniagaannya bukanlah bergantung kepada manusia tetapi Allah S.W.T.

Tambah pemuda itu , dia hanya ingin mendapatkan keberkatan dalam segala urusan mencari makan dan cuba untuk istiqamah dalam melakukan penghijrahan ini.

Dalam pada itu, Rico juga mengharapkan doa dan sokongan orang ramai serta memohon mereka yang ingin membuat baju pengantin yang tidak seksi agar menghubunginya untuk sebarang tempahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 years lalu

“'Sorry I Tak Buat Job Untuk Local Designer, I Selalu Buat Oversea.” - Pereka Fesyen Sentap Selepas 'Pelakon Wanita' Jual Mahal