[VIDEO] Isu FashionValet: Vivy, suami lima jam beri keterangan kepada SPRM

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Vivy dilihat berjalan keluar dari pekarangan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas kira-kira lima jam memberi keterangan pada Jumaat.

image is not available
Kenderaan jenis Toyota Vellfire dipercayai dinaiki Vivy bersama suami dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas kira-kira lima jam memberi keterangan pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat keluar dari pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kira-kira lima jam memberi keterangan pada Jumaat.

Pasangan suami isteri itu dilihat keluar bersama peguam, Shaarvin Raaj Selva Kumar sebelum menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire kira-kira jam 1.58 petang.

Vivy bersama suaminya sebelum itu tiba di bangunan itu kira-kira jam 9.13 pagi bagi proses rakaman keterangan untuk hari keempat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi akan merakam keterangan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Jumaat.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu dirakam keterangan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, pasangan terbabit selesai direkod keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10.30 malam pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiada sebarang sitaan dibuat pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menyerbu rumah kedua pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof pada Khamis.

Sumber berkata, pasukan siasatan suruhanjaya itu bertindak 'menggeledah' rumah kedua tersebut pada petang Khamis, selepas Vivy dibawa keluar dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 4 petang.

Kata sumber, setelah berpuas hati dengan siasatan dijalankan di rumah kedua itu, pasukan penyiasat bergerak pulang dan tiba di ibu pejabat sekitar jam 8.15 malam.

Terdahulu media melaporkan SPRM menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.