[VIDEO] Isu keselamatan selatan Thailand dibincang Isnin ini – Mohamad

5 Sep 2026 • 2:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Isu keselamatan selatan Thailand dibincang Isnin ini – Mohamad

SEREMBAN – Usaha mempertingkatkan keselamatan dan keamanan di Selatan Thailand menjadi fokus utama pertemuan antara Malaysia-Thailand, Isnin ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan bertemu rakan sejawatnya, yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand bagi membincangkan kaedah terbaik memastikan keadaan keselamatan dan keamanan di wilayah berkenaan dapat diterjemahkan serta dikuatkuasakan.

Katanya, Malaysia diberi penghormatan oleh Thailand untuk menjadi sebagai fasilitator dalam rundingan dengan pihak berkepentingan bagi membantu mencari penyelesaian terhadap isu keselamatan di selatan Thailand.

“Isnin ini saya akan bincang dengan rakan sejawat saya, yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand yang diberi mandat sepenuhnya untuk berunding dengan Malaysia.

“Saya akan berjumpa dan berbincang dengan beliau cara mana terbaik untuk memastikan keadaan keselamatan dan keamanan di selatan Thailand itu dapat diterjemahkan dan dikuatkuasakan,” katanya ketika ditemui pada Karnival Kemerdekaan Pinggiran Senawang anjuran UMNO dan KRT Pinggiran Senawang di sini, hari ini.

Menurut Mohamad, usaha mencapai keamanan di selatan Thailand bukan perkara mudah kerana banyak pihak berkepentingan perlu dibawa ke meja rundingan.

“Macam di Myanmar juga, bukan mudah, sukar, tetapi boleh dicapai. Kita perlu memastikan keamanan di selatan Thailand dapat dicapai kerana ia akan memberi faedah kepada kedua-dua negara terutama dari segi perdagangan sempadan yang besar antara Malaysia dan Thailand,” katanya.

Mohamad berkata, hubungan kedua-dua negara turut penting kerana ramai rakyat Malaysia berkunjung ke Thailand.-KOSMO! ONLINE

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved