[VIDEO] ‘Kalau aku jadi kucing kelabu, aku lari dah’

13 Nov 2026 • 3:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kalau aku jadi kucing kelabu, aku lari dah’

PETALING JAYA – Aksi seekor kucing putih yang melakukan aksi luar biasa dengan badan terbalik ketika hendak bergaduh dengan kucing lain mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @hayzelernie, kucing berwarna putih itu dilihat mengangkat kedua-dua kaki belakang sebelum meletakkan kepalanya hingga menyentuh lantai.

Aksi tersebut dilakukan ketika seekor kucing berwarna kelabu sedang duduk tidak jauh daripadanya dan menjadi penonton kepada persembahan spontan berkenaan.

Gelagat bersahaja haiwan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat aksi luar biasa berkenaan, malah ada yang berseloroh kucing putih tersebut seakan-akan sedang menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri.

“Hahaha bukan main eh cing (kucing), biasa oyen jer macam ni,” komen @awarabz.

“Dia buat show (persembahan) pulak,” ujar yang lain.

“Aku kalau jadi kucing kelabu tu, aku dah lari dah. Sebab kalau macam gini la buah silat dia bila nak gaduh, maknanya bukan biasa-biasa kucing putih ni,” tulis @mohazwan.joni.

“Tu nak tengok kaki kawan jejak tanah ke tak ke macam mana? Tu kawan tau, bukan hantu,” seloroh yang lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Kalau aku jadi kucing kelabu, aku lari dah’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved