[VIDEO] Kasino di Forest City: Berjaya buat laporan polis

29 Apr 2024 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Vincent Tan. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR- Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) membuat laporan polis berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor.

Menerusi kenyataan, Berjaya memaklumkan laporan polis telah dibuat oleh wakil mereka pada Jumaat lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara itu.

"Penerbitan berniat jahat sebegini diburukkan lagi dengan tiada agensi berita membuat pengesahan fakta sebelum menerbitkan berita," katanya pada Isnin.

Sebelum ini, Berjaya menafikan terdapat rancangan dan perbincangan untuk membuka kasino di Forest City seperti didakwa.

Ia susulan laporan Bloomberg yang mendakwa kerajaan Malaysia sedang mengadakan rundingan bersama pengasas Berjaya, Vincent Tan dan Genting Group, Lim Kok Thay untuk rancangan membina kasino selepas Genting Highlands.

Dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal Anwar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!