[VIDEO] Kebakaran musnahkan rumah, kedai di Pantai Dalam

7 Aug 2025 • 9:39 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam, di ibu negara malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam.

Seramai 32 anggota dari empat balai bomba iaitu Balai Pantai, Seputeh, Seri Hartamas dan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Setakat ini, operasi pemadaman masih dijalankan dan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima,” katanya dalam kenyataan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved