![Image from: [VIDEO] Kecoh puting beliung muncul di Changkat Lada](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-11-at-11.53.28-AM-1024x760.jpeg)
PETALING JAYA – Kemunculan fenomena puting beliung di kawasan sekitar Changkat Lada, Perak, petang semalam menggemparkan orang ramai.
Seorang wanita memaklumkan, kejadian berkenaan sempat dirakamkan adiknya ketika dalam perjalanan pulang dari Manjung menuju ke Changkat Lada.
Rakaman yang dikongsikan pengguna media sosial @Syeenajamal itu jelas menunjukkan pusaran angin yang agak besar dan tinggi muncul di kawasan berkenaan.
“Ni video asal, adik saya balik kerja dari Manjung nak ke Changkat Lada, petang semalam,” katanya menerusi perkongsian tersebut.
Video itu menarik perhatian pengguna media sosial yang berkongsi pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.
“Nasib dekat sini kawasan lapang, tak ada orang,” ujar @Noriyantijais.
“Allahuakbar. Moga kita semua dijauhkan daripada bahaya,” komen @Dahlune_design.
“Minggu lepas pun hampir nak jadi. Saya lalu situ, tapi tak naik sampai atas lagi,” kongsi @azirahmuhdazhar. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Kecoh puting beliung muncul di Changkat Lada appeared first on Kosmo Online.
