[VIDEO] Kelibat Misteri Lempar Batu Di Cheras! Habis Pecah Cermin Kereta!

12 Jun 2023 • 11:36 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kebelakangan ni, banyak sangat insiden yang pelik-pelik berlaku di negara kita. Terbaru, viral di platform TikTok satu inisden yang mengejutkan netizen.

Insiden menyeramkan ini melibatkan satu pasangan yang sedang memandu melalui satu jalan berhampiran dengan pusat membeli-belah terkenal di Cheras pada pukul 12 tengah malam. Berdasarkan video, kelihatan satu kelibat yang mencurigakan di tepi jalan.

Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Firasat mereka benar, sebaik sahaja mereka melalui jalan tersebut secara tiba-tiba kereta mereka diserang. Kelibat misteri yang mereka lihat sebentar tadi dipercayai membaling batu ke arah kereta mereka.

Batu yang dibaling mengakibatkan cermin belakang kereta pecah, dan bukti batu yang dibaling juga ada di dalam kereta. Insiden tersebut ternyata membuatkan netizen berasa risau akan keselamat diri dan keluarga. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menahan si pelaku.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved