(VIDEO) “Kena Ruqyah Ni” – Kucing Kena Sawan Jadi Bahan Jenaka, Ramai Bengang Pemilik Hanya Rakam

Entertainment
19 Jun 2023 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjaga haiwan peliharaan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh si pemiliknya kerana menjaga haiwan sama seperti menjaga manusia.

Namun, masih ada yang ingin memelihara haiwan peliharaan tetapi tidak mempunyai ilmu asas untuk menjaga dan merawat haiwan.

Seperti yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah memuat naik video memaparkan kucing peliharaanya jenis British Shorthair yang mengalami kekejangan otot atau sawan.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila si pemilik kucing hanya merakam situasi berkenaan sambil menjadikan keadaan kucing tersebut sebagai bahan jenaka.

Dia kesurupan (dirasuk) ni, kita kena Ruqyah dia ni. Siram air dekat muka dia jom. Eh jangan, jangan. Okay jom bagi dia ketum.

Lebih menyedihkan, mulut kucing berkenaan dilihat berjejehan air liur manakala badannya bergerak secara agresif.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna yang meluahkan rasa berang terhadap si pemilik yang tidak melakukan sebarang tindakan semasa kucing peliharannya sedang diserang sawan.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi nasihat dan cadangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh si pemilik sekiranya kucing peliharaan terkena sawan.

image is not available

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 2.8M tontonan, 1.2K ciap balas, dan 1.2K tanda suka di laman Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) Buat 'Moshing' Macam Kena Histeria Di Konsert, Pengawal Dikecam Tumbuk Penonton

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved