Keluarga kepada jenazah yang dikaitkan dengan isu kelewatan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang menafikan dakwaan bahawa mereka memalsukan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam.
Bapa Allahyarham Siti Adawiyah, Muhammad Hasrul Ghazali, 41, turut menafikan kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mendakwa beliau mahu Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam mengambil alih pengurusan jenazah anaknya yang meninggal dunia akibat komplikasi usus bocor.
AdvertisementMenurutnya, beliau tidak pernah meminta pihak masjid menguruskan jenazah, sebaliknya segala urusan pengurusan jenazah dilakukan oleh Badan Kebajikan Salaturrahim (BKS).
“Selepas jenazah anak saya dibenarkan dibawa keluar dari Hospital Ampang, jenazah dibawa ke Surau An-Nur, Taman Cempaka untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.”
“Selepas itu saya pergi ke Masjid Nurul Hidayah untuk mendapatkan borang kebenaran pengebumian daripada seorang ahli jawatankuasa dikenali sebagai Ustaz Firdaus.
“Bagaimanapun, berlaku sedikit kekeliruan apabila saya diminta membawa salinan kematian berwarna biru ke tanah perkuburan, sebelum permit itu dipegang oleh seorang wanita yang juga ahli Lembaga Kariah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Hasrul berkata, beliau kemudian membawa jenazah anaknya ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hanya dengan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam berwarna putih dan kuning yang berada dalam simpanannya selepas menunggu agak lama.
“Bagaimanapun, tidak lama kemudian dua anggota polis datang dan seorang lagi pekerja tanah perkuburan memaklumkan pengebumian perlu dihentikan kerana terdapat laporan polis.”
“Kami terpaksa menunggu kira-kira lebih satu jam sehingga pihak masjid salinan kematian berwarna biru sebelum jenazah anak saya akhirnya dapat dikebumikan dengan sempurna,” katanya.
Mengulas isu dakwaan bayaran RM1,400, Muhammad Hasrul berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa pihak masjid akan mengeluarkan bil kepada waris sebelum bayaran tersebut dituntut semula daripada Badan Kebajikan Salaturrahim (BKS).
“Sehingga kini, saya juga tidak pernah dihubungi oleh pihak JAIS mahupun Masjid Nurul Hidayah, sama ada sebelum atau selepas kenyataan media berhubung isu ini dikeluarkan,” katanya. – UTUSAN
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

JAIS Nafi Masjid Tuntut Bayaran RM1,400, Kelewatan Pengebumian Didakwa Berpunca Daripada Kekeliruan Waris
The post (VIDEO) “Kenapalah Pihak JAIS, Masjid…Saya Nak Solat Cucu Sendiri Pun Tak Boleh…” – Waris Nafi Palsu Borang Kebumi Jenazah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






