
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi pindaan tersebut, beberapa perkara berkaitan keperluan mendapat kelulusan tempat akan dipinda dan diketepikan.
"Seksyen 11 Akta 736 hendaklah memperoleh persetujuan pemilik dan penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang ini akan dikeluarkan daripada peraturan yang ditetapkan.
"Yang diperlukan hanya pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan supaya polis dapat menjaga keselamatan, kawalan dan lalu lintas," katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
**media[3005472]**
AKAN MENYUSUL
