[VIDEO] ‘Kereta Mazda tu, orang dah hon tak nak berhenti’

LocalCars
13 Nov 2026 • 6:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kereta Mazda tu, orang dah hon tak nak berhenti’

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal terjatuh selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda menukar laluan ke kanan selepas didakwa tersalah jalan berhampiran Lebuh Raya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (Akleh) pagi tadi.

Menerusi video papan pemuka atau dashcam yang dikongsikan pengguna Threads Dangteh, kejadian berlaku pukul 7.15 pagi ketika cuaca hujan.

Menerusi video itu, kelihatan SUV Mazda dipercayai tersilap jalan dan pemandunya menukar laluan ke kanan dan seterusnya mahu masuk ke arah laluan lain.

Bagaimanapun, tindakan itu didakwa menyebabkan seorang penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang SUV tersebut sebelum terjatuh.

Dalam masa sama, kedengaran bunyi hon kenderaan lain selepas berlaku pelanggaran tersebut. SUV Mazda itu dilihat meninggalkan lokasi kejadian.

“Siapa yang kenal mangsa kemalangan di Akleh pagi tadi boleh mesej saya untuk dapatkan ‘dashcam’ dan nombor telefon saksi.

“Kawan saya terpaksa gerak tadi sebab sesak di belakang. Kereta Mazda tu, orang dah hon pun tak nak berhenti,” katanya pada hantaran Threads tersebut.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berharap keadilan dapat diberikan kepada penunggang motosikal tersebut, selain turut mendoakan kesembuhannya daripada kecederaan akibat terjatuh motosikal.

“Kalau salah jalan, lalu saja. Nanti boleh ubah laluan balik. Ya Allah, bukan buat orang lain cedera ke apa, aduhai,” komen Nabiladibit.

“Salah jalan pun, salah dalam Malaysia juga. Bukan kau salah, tiba-tiba kau dekat Afghanistan ke apa,” kata Intan_surianysuria.

“Ada kesan pelanggaran pada kereta tu. Semoga rider (penunggang) tu diberi afiyah (kesembuhan) dan dapat tuntut daripada pemandu Mazda yang larikan diri,” kata Rhafizulaqil. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Kereta Mazda tu, orang dah hon tak nak berhenti’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved