Video Kucing Bersantai “Enjoy” Rawatan Spa Buat Netizen “Jealous” 

Entertainment
3 Nov 2022 • 12:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Video Kucing Bersantai “Enjoy” Rawatan Spa Buat Netizen “Jealous”

Tiada apa yang lebih baik daripada mendapatkan rawatan spa untuk menghilangkan tekanan dan keletihan.

Ia bukan sahaja baik untuk menghilangkan keletihan dan tekanan malah, ia juga menenangkan anda serta-merta dan meningkatkan produktiviti anda daripada realiti kehidupan yang suram.

Ternyata, bukan sahaja manusia, tetapi haiwan juga memerlukan rawatan spa yang baik.

Baru-baru ini, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan seekor kucing sedang bersantai menikmati rawatan spa yang dikongsi di Instagram.

image is not available
Gambar: Instagram dontstopmeowing

Kucing yang bernama Chase itu mendapatkan rawatan spa daripada penjaganya, Fifi Furrha dan Kareem Khalil.

Video berkenaan telah dikongsi oleh akaun @dontstopmeowing di Instagram dengan kapsyen ‘Chase enjoying a spaw day‘, lapor Hindustan Times.

Dalam video tersebut, penjaga haiwan itu memasukkan ia ke dalam kain dan mengurutnya menggunakan mesin urut automatik sebelum menggunakan penggelek muka.

image is not available
Gambar: Instagram dontstopmeowing

Kemudian, Chase dipakaikan topeng muka dan hirisan timun pada matanya.

image is not available
Gambar: Instagram dontstopmeowing

Seterusnya, penjaga kucing tersebut juga membuat rawatan kaki dan tangan untuk melengkapkan sesi spa haiwan peliharaannya.

image is not available
Gambar: Instagram dontstopmeowing

Ekoran daripada itu, rawatan spa itu telah menyebabkan ramai netizen cemburu dengan kucing tersebut.

“Ia seorang yang penyabar dan ekspresi mukanya menunjukkan dia SUKA!!” komen netizen.

“Saya secara rasminya sangat cemburu dengan Chase.”

“Video ini lebih baik daripada seluruh hidup saya,” komen netizen lagi.

Video tersebut dikatakan telah menerima lebih daripada 1.3 juta tontonan dan jumlahnya masih lagi meningkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kareem & Fifi (@dontstopmeowing)