Video kucing muntah ketika Asad Motawh berdoa jadi ejekan Mat Saleh

LocalEntertainment
22 Apr 2025 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tindakan selebriti, Asad Motawh memuat naik konten sewaktu sedang berdoa dan seekor kucing dilihat muntah di sebelahnya telah mendapat perhatian ramai terutama di platform TikTok.

Video kucing Asad Motawh

Ternyata video berkenaan telah tular sehingga ke luar negara sehingga menjadi fitnah kepada agama apabila ada pengguna media sosial menjadikan perkara berkenaan jenaka terhadap ibadah umat Islam.

image is not available

Video kucing Asad Motawh dikatakan jadi bahan ejekan

Perkara tersebut telah menjadi perhatian netizen Malaysia apabila memberi teguran supaya setiap orang berhati-hati dalam berkongsi konten di media sosial kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada banyak pihak.

image is not available

Ada yang minta pihak berkuasa pantau

Perkongsian tersebut menjadi perbincangan ramai memandangkan video yang dikongsi Asad Motawh itu menggunakan latar lagu puisi dari bahasa Arab.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan selebriti terbabit telah mengundang ejekan daripada Mat Saleh, beberapa pihak menganggap tindakan Asad tidak salah dan akaun tersebut sememangnya membenci Islam.

image is not available

Akaun tu memang suka hina Islam

image is not available

Buat video baik pun mereka tetap ejek

image is not available

Apa-apa pun, lebih elok andai kita berhati-hati dalam melakukan sebarang konten dan berkongsinya ke media sosial.

Kita tidak tahu pihak mana yang mengambil kesempatan diatas video tersebut sehingga boleh mengundang fitnah kepada agama.

Sumber: X Najiha Najlaa