Video lakonan gaduh suami isteri di pasar raya dikecam wartawan Israel, disangka insiden sebenar

LocalEntertainment
23 Jun 2025 • 4:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Sebelum ini tular satu video yang memaparkan ‘perselisihan faham’ antara suami isteri di sebuah pasar raya, apabila si suami dilihat membaling barang-barang keperluan dari dalam troli secara agresif.

Insiden tersebut pada awalnya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku di tempat umum.

Namun, video berkenaan rupa-rupanya hanyalah satu kandungan gimik sempena pelancaran pakej umrah hasil kerjasama antara ST Mart dan Ikhlas.com.

Pemilik ST Mart, Datuk Rosyam Nor menjelaskan bahawa gimik tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran yang menggunakan pendekatan emosi atau ‘triggered marketing’ bagi menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, video itu telah disalah tafsir oleh seorang wartawan dari Israel, Dahlia Kurtz, yang mempertikaikan kandungan tersebut menerusi ciapan di platform X.

“Kalau suaminya berkelakuan macam tu di tempat umum, bayangkan macam mana layanan dia terhadap isterinya di tempat tertutup,” tulisnya.

Dahlia turut melahirkan rasa tidak senang apabila melihat lelaki dalam video itu ditenangkan oleh orang sekeliling, seolah-olah tiada tindakan tegas diambil terhadapnya.

Namun begitu, ramai netizen tampil memberikan penjelasan bahawa insiden berkenaan hanyalah lakonan semata-mata dan merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran kreatif pihak pasar raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved