Video lama kembali tular, Hafiz Mahamad mahu bertanggungjawab kerana agama

Entertainment
28 Jul 2024 • 9:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mahu bertanggungjawab kerana agama berhubung video lamanya berasak mencium Hajar Aswad kembali tular, sejak semalam.

Dalam hantaran di Instagram Story, Hafiz berkata, dia mahu memikul tanggungjawab atas video yang dimuat naiknya sebelum ini.

Dia berkata demikian selepas tular kembali video lama sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.

“Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” demikian respons Hafiz Mahamad.

image is not available

Hafiz Mahamad mahu bertanggungjawab kerana agama

Hafiz bagaimanapun berkata, dia memerlukan masa untuk mendapatkan pandangan daripada pakar berkatan bagi mengelakkan dia mengulangi kesilapan lama.

“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.
“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.
“Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.

image is not available

Hari ini, Oh My Media melaporkan video dimuat naik Hafiz Mahamad mencium hajar aswad kembali menghangatkan media sosial terutama dalam kalangan pengguna luar negara.

Difahamkan, video tersebut dimuat oleh seorang pengguna platform X di India dengan kapsyen mendakwa wanita Islam tidak selamat berada di Tanah Suci Mekah.

image is not available

Diharapkan Hafiz dalam menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera dan berhemah tanpa mengulangi kesilapan yang sama, lebih-lebih lagi ia melibatkan agama.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad