(VIDEO) “Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Harga Sampai RM950

Cars
18 Jul 2022 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah Ijanah yang terkejut apabila melihat resit pembayaran yang dilakukan oleh suaminya.

Menerusi video tersebut, suaminya dilihat telah membuat pembayaran sebanyak RM950 untuk mencuci kereta di sebuah carwash parking.

Terkejut melihat harga ‘cuci kereta’ semahal itu, wanita itu telah memarahi suaminya yang sanggup membayar sebanyak itu demi kereta yang disayanginya.

Lelaki bila cuci kereta, cuci kereta tau bukan beli kereta. Gila ke apa bang?

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 275.1K tontonan, 15.7K tanda suka, dan 133 komen di aplikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur memikirkan bagaimana lelaki itu hendak menjawab kepada isterinya.

Cuci kereta dekat maldives ke? – netizen.

Malah, ada juga yang memaklumkan bahawa servis cuci kereta yang dibuat itu turut melibatkan coating cat kereta bagi menjaga kualiti warna asal kereta.

Dia buat coating lah tu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

"Kenapa Tiba-Tiba Jadi Macam Ni?" - Lelaki Hina Islam Rupanya Selalu Kongsi Kisah Nabi Di Youtube?