(VIDEO) Lelaki Ceroboh Masuk Premis Kedai Minuman di Taman Sri Muda, Staf Wanita Cedera Ditikam 8 Kali

LocalPolitics
14 Aug 2024 • 4:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pekerja sebuah kedai francais minuman di Taman Sri Muda, Shah Alam parah selepas ditikam sebanyak lapan kali oleh lelaki dalam cubaan merompak premis terbabit.

Menerusi rakaman video yang tular, wanita itu yang sedang duduk di bahagian belakang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki pada jam 11.25 pagi.

Suspek dipercayai warga asing dan ketika kejadian dia pada mulanya berada di depan kaunter sebelum pergi ke arah mangsa dan terus menyerangnya menggunakan pisau pemotong kertas.

image is not available

 

Tikam 8 kali

Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek itu terus mengejar dan menikamnya sebanyak 8 kali menyebabkannya mengalami kecederaan serius di perut.

Dia bekerja sebagai supervisor dekat kedai tersebut. Lapan kali kena tikam dekat perut. Kena samun dan ada duit dekat dia RM4,000. Sekarang masih menerima rawatan dan dalam pantauan doktor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang giat memburu suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Mahu Bantu Leraikan Pergaduhan, Warga Emas 80 Tahun Maut Ditikam Dengan Gunting Oleh Anak Saudara