(VIDEO) Lelaki Marah Jiran Masukkan Sampah Dalam Kereta, Netizen Kata Hanya ‘Content’ & Minta Bukti CCTV

19 Jul 2022 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hidup berjiran sememangnya penuh dengan tolak ansur dan menjaga hubungan sesama sendiri adalah sesuatu yang diminta di dalam agama Islam bagi mengelakkan pergaduhan.

Namun, baru-baru ini tular satu video di media sosial TikTok di mana seorang lelaki mendakwa jirannya telah meletakkan beg plastik sampah di dalam kereta miliknya.

Menurutnya, jirannya itu bertindak melakukan sedemikian kerana dia meletakkan kenderaan di petak yang salah.

Dalam video berkenaan, dapat juga didengari lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat memarahi individu tersebut kerana dianggap bertindak secara melampau.

Akan tetapi, apa yang menjadi persoalan netizen adalah sama ada perkara itu benar ataupun hanya sekadar content semata-mata.

Ini kerana rata-rata mempersoalkan bagaimana beg plastik sampah yang besar boleh dimasukkan di dalam kereta jika ia dalam keadaan berkunci.

Malah, ada yang meminta agar dia menunjukkan bukti rakaman CCTV bagi membuktikan dakwaannya itu benar.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

Tular Warga Emas Cabul Budak Perempuan, Jiran Nafi Tuduhan Sebab Dah Anggap Macam Ahli Keluarga Sendiri