[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen

18 Jun 2023 • 11:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian menyedihkan ini dilaporkan berlaku di Buleleng, Bali, Indonesia

[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen. Rabies boleh menyerang semua orang, kanak-kanak dan orang dewasa. Antara simptom biasa rabies ialah keadaan badan lesu, sakit, demam, sakit dan tekak.

Mendapat rabies jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut dan juga membawa kepada kematian bagi seseorang.

image is not available
[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen

Kanak-kanak tersebut lihat tak keruan dan menunjukkan peringkat akhir simptom rabies

Sebuah video yang memaparkan keadaan seorang kanak-kanak yang diduga terkena gigitan rabies viral menjadi viral dalam kalangan netizen tempatan.

Dalam video tersebut, memaparkan seorang kanak-kanak sedang cuba meneguk air, tetapi gagal kerana simptom yang jelas telah muncul. Hal ini dikatakan Hydrophobia, iaitu jangkitan menyebabkan kekejangan yang kuat di kerongkong apabila seseorang cuba menelan.

image is not available

Lihat video di bawah:

Video tersebut telah raih sebanyak 5.1 juta kali tontonan di laman Twitter

Orang ramai diminta jangan mengambil mudah terhadap jangkitan rabies ini

Kejadian menyedihkan ini dilaporkan berlaku di Buleleng, Bali, Indonesia. Difahamkan bahawa ibu bapa kanak-kanak mendahulukan rawatan alternatif dengan berubat sendiri daripada mendapatkan rawatan awal daripada doktor.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana apabila simptom-simptom rabies muncul, kadar kematian pesakit naik hingga 99%. Ini membawa erti bahawa kematian itu tidak dapat dielakkan.

image is not available

Selepas tularnya video tersebut, ramai netizen mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan bahayanya kesan gigitan rabies ini dan segera mendapatkan rawatan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan di bawah:

View Original Article