[VIDEO] LKAN: Tiada pegawai HRD Corp digantung tugas

5 Jul 2024 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairul Dzaimee pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menjelaskan tiada mana-mana pegawai daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) digantung tugas.

Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, ia memandangkan ketidakteraturan HRD Corp dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tidak ada gantung tugas," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

**media[2714937]**

Khairul Dzaimee turut mengesahkan beliau dan Shahul hadir ke ibu pejabat SPRM jam 11 pagi untuk menyerahkan laporan yang mengandungi isu-isu dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"SPRM memberi jaminan satu siasatan adil dan professional akan diberikan segera," katanya.

Terdahulu, Steven Sim Chee Keong mengarahkan Khairul Dzaimee dan Shahul membuat laporan kepada SPRM berikutan penemuan LKAN dan PAC.

PAC pada Khamis mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

LKAN pula antara lain mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunakan dan belum dikembalikan kepada kerajaan, selain sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikh latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved