(VIDEO) “Lu Letak Balik Sekarang, This Is My Country Bro!” – Tindakan Lelaki Tegur Pasangan Negara Jiran Beli RON95 Dipuji Netizen

6 Feb 2024 • 11:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebuah video di aplikasi X semalam apabila seorang lelaki bertindak menegur dan memarahi pasangan dari seberang tambak Singapura yang sedang mengisi minyak subsidi RON95 di kenderaan milik mereka.

Pasangan Singapura isi minyak RON95 undang kemarahan

Dalam hantaran tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dan mengherdik pasangan itu yang sesuka hati mengisi minyak subsidi dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

Nombor pendaftaran kenderaan awak daripada Singapura, mana boleh guna minyak kuning, ini yang ada subsidi.

Lu letak balik sekarang (pam minyak), this is my country bro!

Kelihatan salah seorang daripada pasangan itu mendakwa dia adalah rakyat Malaysia namun menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Stesen minyak juga perlu diambil tindakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberi pujian terhadap tindakan lelaki itu yang menegur secara terang-terangan pasangan tersebut yang menyalahi undang-undang negara Malaysia.

Bagus bang, lokasi stesen minyak tu pun patut diberitahu. Tak bertanggungjawab punya stesen minyak!

Sekadar info, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan larangan mengisi minyak petrol jenis RON95 kepada kereta bernombor pendaftaran negara asing sejak 1 Ogos 2010. Kenderaan bernombor plat asing ini hanya boleh mengisi minyak jenis RON97 dan RON100.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hours ago

(VIDEO) "Insya-Allah Anak Perempuan" - Aisyah Hijanah Bakal Timang Anak Ketiga Mac Ini, Kandungan Berada Dalam Keadaan Baik