
Sejak semalam, tular di laman Twitter mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa tertinggal di stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat meminjam telefon bimbit milik pekerja stesen minyak tersebut untuk membuat panggilan kepada ibunya.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila si ibu malah memarahi anakya dan meminta kanak-kanak itu untuk menunggu sehingga dijemput kembali.
Dah tunggu situ! Eh bertuah betul lah budak ni.
Macam mana parents dia boleh tak perasan dia takde dalam kereta ? pic.twitter.com/DY7PMOgMVc
— ?? (@bckupacc99) May 17, 2023
Susulan itu, perkongsian vido tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila melihat reaksi si ibu yang tidak menunjukkan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya.
Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana si ibu langsung tidak menyedari kehadiran anaknya di dalam kereta sehinggalah dihubungi sendiri oleh kanak-kanak berkenaan.
Bukan itu sahaja, netizen turut menegur cara si ibu berkomunikasi dengan anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Patutlah Sekarang Ramai Lelaki Lembut" - Tular Murid Buat Tarian 'Flower', Netizen Kritik Sekolah & Cikgu Galakkan
The post (VIDEO) “Macam-Macam Hal Lah Dia Ni!” – Anak Tertinggal Di Stesen Minyak, Netizen Bengang Dengan Respon Si Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![“Dah tunggu la situ” – [VIDEO] Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Reaksi Kasar Ibu Dikritik Netizen](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)