(Video) Majlis Berkhatan Telan Belanja RM856,029 Siap Dengan Konsert 4 Hari 4 Malam

Entertainment
19 Jan 2023 • 9:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kebiasaannya, majlis berkhatan hanya disambut secara kecil-kecilan diantara ahli keluarga dan ada yang tak sambut pun. Namun di Bandung, Indonesia lain pula caranya bila ia disambut dengan penuh meriah, secara besar-besaran.

Majlis berkhatan yang berlangsung di negara jiran itu nampak macam konsert dah sebab dihiasi pentas besar dan kumpulan muzik Koplo.

Tapi, apa yang buatkan Ohmedia dan ramai terkejut adalah bila mengetahui kos untuk majlis khatan ini mencecah sebanyak 3 billion rupiah (RM856,029).

Telan belanja besar sebab sambut 4 hari 4 malam?

Bahkan individu yang memuat naik video tersebut di TikTok berkata majlis berkenaan disambut selama 4 hari 4 malam.

Difahamkan dari individu bernama Gito itu, majlis berkhatan tersebut dianjurkan oleh seorang hartawan dari Bandung yang mempunyai perniagaan warung tolak terkenal di Kota Kembang.

Dapat dilihat majlis tersebut sama seperti konsert yang dipenuhi artis tempatan kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi serta multimedia.

Baguslah macam ni kan? Mesti suka adik-adik nak berkhatan tu sebab disambut bak raja selama 4 hari 4 malam.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved