(VIDEO) “Mana Satu Yang Berlakon?” – Netizen Terhibur Krew Produksi Ikut Menangis Belakang Kamera

Entertainment
1 Jul 2022 • 5:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aju Ahmad memaparkan sebuah penggambaran yang sedang dijalankan telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, pelakon Ummi Nazeera dilihat sedang menangis bagi melakonkan watak di dalam sebuah babak.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah salah seorang krew produksi turut terkesan dengan lakonan Ummi sehingga berjurai air matanya di belakang kamera.

Kami sebagai penonton.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 719.7K tontonan, 20K tanda suka, dan 214 komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat krew produksi yang turut menghayati lakonan dan penceritaan babak tersebut.

Mana satu yang berlakon ni. Yang tu nangis – netizen.

Cerita ni memang sedih. tak semua kuat hidup berpoligami, tahniah buat penulis buku ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

(VIDEO) "Nasib Bilik Sorang.." - Keluarga Selamba 'Piknik' Dalam Wad Hospital, Siap Tumbuk Sambal