[VIDEO] MB kami ‘sempoi’, Sanusi pandu jengkaut

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] MB kami ‘sempoi’, Sanusi pandu jengkaut

PETALING JAYA – Kecekapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengendalikan jengkaut bagi membersihkan kolam ikan patin, mencuri tumpuan orang ramai yang rata-rata kagum melihat kemahirannya mengendalikan jentera berkenaan.

Menerusi video dimuat naik oleh Muhammad Sanusi di media sosialnya, beliau dilihat mengendalikan jengkaut serta melakukan kerja-kerja mengeluarkan tanah dari kolam ikan pati tersebut.

Beliau mengemudi jentera itu seorang diri serta tiada individu lain yang membantunya di situ.

“Ikan patin dah sold out (habis terjual), kita cuci kolam lah dulu sebelum nak boh (letak) benih patin baharu. Ghalit (khusyuk) dok tengok kato ka tu?,” katanya pada hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai meninggalkan pelbagai komen termasuk kagum dengan kecekapan Muhammad Sanusi mengendalikan jengkaut, meskipun memegang tanggungjawab besar sebagai Menteri Besar Kedah.

“Cara MB kendalikan jengkaut tu memang biasa dah ni,” komen pengguna Facebook Is Azr.

“MB kami sempoi,” kata pengguna Facebook Pak Long Hery.

“Pak cik ni drebar mesin ka?,” kata Fariq Wahab berseloroh. – KOSMO! ONLINE

 

The post [VIDEO] MB kami ‘sempoi’, Sanusi pandu jengkaut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved