(VIDEO)”Menakutkan”- Pengantin Lelaki Belasah Isteri Kerana Bengang Kalah ‘Game’ Di Majlis Perkahwinan

14 Jun 2022 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah video dipercayai berlaku di sebuah majlis perkahwinan berlokasi di Uzbekistan.

Apa yang memeranjatkan, video itu dengan jelas menunjukkan keganasan terhadap wanita apabila seorang lelaki dipercayai pengantin lelaki telah bertindak membelasah pengantin perempuan di hadapan orang ramai.

Tidak segan atau kelihatan menyesal dengan perbuatannya itu, lelaki berkenaan dikatakan tidak puas hati kerana isterinya itu telah memenangi ‘game’ di antara mereka berdua lalu dia bertindak memukul kepala wanita itu dengan kuat sehingga membuatnya seperti hampir nak terjatuh.

Yang lebih menyedihkan, pengapit kepada lelaki tersebut dilihat hanya tergelak kecil dan ahli keluarga wanita yang dibelasah itu tadi tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.

Pengantin perempuan yang dalam kesakitkan itu kemudiannya dilihat memegang kepala dan membetulkan pakaian sebelum turun dari pentas sambil diiringi dua wanita yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kesal dan sedih melihat nasib wanita itu yang dikasari lelaki bergelar suami.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ada yang merasakan wanita itu akan hidup terseksa kerana terpaksa hidup dengan lelaki panas baran seperti itu.

“Ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan jika ia (keganasan) menjadi normal. Saya harap dia tinggalkan lelaki itu.” komen salah seorang pengguna media sosial.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) Bekas 'Skandal' Lelaki Ini Jadi Pengapit Majlis Kahwin, Netizen Puji Sikap Isteri Yang 'Sporting'