(VIDEO) Menangis Hiba Tak Dapat Naik Cruise Untuk Bercuti, Wanita Tak Tahu Kena ‘Renew’ Passport 6 Bulan Sebelum Tamat Tempoh

15 Aug 2023 • 5:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila penantiannya selama berbulan-bulan untuk bercuti bersama keluarga hancur sekelip mata gara-gara tidak mengemas kini passport miliknya.

Maklum wanita bernama Azura itu, dia dan keluarga dijadualkan untuk menaiki cruise di Port Klang Cruise Terminal namun ditahan oleh pihak imigresen gara-gara masalah passport yang hampir tamat tempoh.

Difahamkan, hanya seorang anaknya yang dibenarkan menaiki cruise dan pastinya tiada siapa yang menduga percutian mereka terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Jelas Azura, dia ada mencuba menghubungi agensi pelancongan yang menguruskan pakej percutian mereka dengan harapan bagi mendapatkan pampasan menaiki cruise yang lain ataupun pakej percutian yang ada namun gagal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan ejen pelancongan yang tidak memaklumkan mengenai urusan pembaharuan passport kepada Azura sekeluarga.

image is not available

Namun, ada juga yang menyalahkan Azura kerana tidak cakna mengenai syarat-syarat untuk ke luar negara kerana peraturan memperbaharui passport telah pun ditulis di buku merah itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

(VIDEO) Pernah Dikutuk Makan Macam B*bi, 'Influencer' ASMR Hisham Raus Kini 'Mendunia' Sehingga Eropah!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved