(VIDEO) “Mulut Kg.Com!” – Adik Beradik Pakat ‘Mengutuk’ Syifa Melvin, Netizen Kata Macam Dah Buka Pekung Keluarga Sendiri

6 Dec 2022 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Minggu lalu, pelakon Syifa Melvin baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Safawi Rashid yang juga merupakan seorang pemain bola sepak untuk pasukan JDT.

Dia yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu baru-baru ini menjadi tumpuan apabila kakak-kakaknya itu ada ‘membahan’ Syifa di ruangan TikTok baru-baru ini.

Hanya berseloroh, Syatilla bersama Syida dan Syafiqa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan adik mereka itu kerana didakwa tidak prihatin dengan kebajikan ahli keluarga sendiri ketika majlis berlangsung.

Kata Syida, mereka sekeluarga telah sampai ke Terengganu selama 2 hari namun Syifa tidak sekalipun datang menjenguk mereka apatah lagi bertanyakan soal makan minum.

Dalam video tersebut kelihatan kesemuanya riuh rendah dan gamat, masing-masing tidak ketinggalan peluang untuk menyakat Syifa Melvin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat adik beradik ‘The Melvins’ itu, apatah lagi mereka sering bercakap dalam loghat utara pekat.

I suka tengok perangai adik beradik ni, fun je.

Namun begitu, ada juga yang tidak senang, kata mereka tak perlu ‘melondehkan’ aib adik sendiri kerana Syifa juga ada maruah, apatah lagi baru sahaja merasai hari bahagia bersama Safawi.

Yang i tak faham, diorang ni gurau atau betul tak puas hati? kalau i, memang break terus if family in law perangai macam ni.

Ada juga yang langsung tak memahami loghat yang diutarakan adik beradik kerana sukar untuk diketahui butir-butir bicara masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

(VIDEO) "Hensemnya Suami Orang.." - Remy Ishak Diserbu Ketika Main Air Di Taman Tema, Ramai Wanita Tinggal Komen Tak Keruan?