[VIDEO] Najib hantar petisyen kepada PBB

Politics
5 Jan 2023 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media mengenai perkembangan semasa kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari (WGAD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula berhubung rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu memohon lima pakar undang-undang antarabangsa untuk memutuskan bahawa penolakan rayuannya adalah tidak adil dan melanggar hak asasi manusia serta Perlembagaan Persekutuan.

"Prosiding Mahkamah Persekutuan gagal memberi Najib peluang yang munasabah untuk memberi hujahan dan tidak memberi penangguhan perbicaraan," katanya ketika sidang media mengenai perkembangan semasa kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, pada Khamis.

-AKAN MENYUSUL-

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved