[VIDEO] ‘Nasi kandaq pakej lipas dalam sotong, memang melugai!’

LocalFood
2 Oct 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Nasi kandaq pakej lipas dalam sotong, memang melugai!’

PETALING JAYA – “Nasi kandaq (kandar) pakej lipas dalam perut sotong. Memang melugai (menjijikkan), tak lalu terus nak makan!”

Itu luahan seorang wanita selepas mendakwa menemui seekor lipas di dalam perut sotong yang dibelinya bersama sepinggan hidangan nasi kandar.

Menurut individu berkenaan, kejadian itu menyebabkan lima bungkus lagi nasi yang dibeli terpaksa dibuang kerana masing-masing sudah hilang selera selepas melihat lipas terbabit.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, wanita yang menggunakan profil @Ilynurhidayati itu turut menunjukkan sotong tersebut sebelum mengeluarkan lipas yang didakwa berada di dalam lauk berkenaan.

“Saya pun berniaga f&b (makanan dan minuman) tau. Tak suka nak post (buat hantaran) tutup periuk nasi orang. Sekurang-kurangnya bila mesej pemilik, jangan lah ‘palau’.

Saya minta refund (bayaran balik) sebab kami memang tak sempat makan. Lima bungkus tu buang saja sebab semua dah nak termuntah tengok lipas tu,” katanya.

Hantarannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang bertanyakan lokasi nasi kandar itu dibeli.

“Sebab tu aku kalau makan nasi kandar tak ambil lauk yang tak ramai ambil ni. Ambil asas ayam goreng atau ayam bawang je okey dah, selamat,” ujar @Muhdmuhaiminn.

“Ni kalau makan tanpa tengok mesti rasa rangup, kan,” komen @Selectionfirdaus.

“Nasi kandar mana tu? Dah selalu pergi makan nasi kandar Penang,” kongsi @Fadzryyy. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Nasi kandaq pakej lipas dalam sotong, memang melugai!’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved