(VIDEO) Netizen Puji Fikry Ibrahim Pandai Jaga, Siap Mekapkan Ibu – “Straight Masuk Syurga Hang Nanti”

Entertainment
3 Feb 2023 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekitar 2021, pelakon Fikry Ibrahim akui terpaksa melupakan dunia lakonan dan kerjaya sebagai anak seni buat seketika kerana mahu menjaga ibunya, Bibi Zaleha.

Ia berikutan ibunya yang diserang angin ahmar pada tahun itu dan Fikry mahu menjaga ibunya dik kampung halaman di Jitra, Kedah.

image is not available 3 bulan lalu

“Jangan Keliru Konsep 'Kebebasan'"- Buka Mulut Isu Pesta Halloween Di REXKL, Fikry Ibrahim Dikecam Netizen

Baru-baru ini, video dimuat naik oleh Fikry menunjukkan dia membawa ibunya berusia 74 tahun itu bercuti ke Langkawai meraih perhatian ramai netizen.

Menerusi rakaman itu, Fikry dilihat tidak kekok menguruskan termasuklah menyiapkan serta memakaikan solekan pada ibunya sebelum mereka keluar.

Difahamkan, ibu Fikry kini sudah tidak berapa larat untuk berjalan sejak diserang angin ahmar dan menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana.

Ramai warganet memuji Fikry dan berasa kagum dengannya kerana menjaga ibu tercinta dengan begitu baik sekali.

Rata-ratanya akui seronok menonton video tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat pelakon itu agar dapat berjasa dengan orang tuanya dan dikurniakan syurga.

image is not availableimage is not available

image is not available

Dalam pada itu, ramai kaum Hawa memuji Fikry kerana pandai mekapkan ibunya selain turut berkata wanita yang menjadi isterinya kelak beruntung.

image is not available