(Video) Netizen Suka Lihat Watie Hanifiah Tak Kekok Tukar Lampin Ayash ,“Dulu Tak Berkenan”

Entertainment
3 Aug 2023 • 12:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Warga netizen sudah mula menerima kedatangan usahawan, Watie Hanifiah sebagai isteri baharu kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Di Instagram, Watie memuat naik video menunjukkan dirinya bersama anak-anak memakai baju berwarna kuning ketika berada di salah sebuah cawangan Bubble Bee.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah tindakan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang dilihat tidak rasa kekok menggantikan lampin anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan yang berusia hampir dua tahun.

Malah, anak perempuan tunggal Shuib, Dzahira Talita juga membantu Watie menguruskan adiknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Watie yang dilihat ikhlas menjaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

image is not available

Tambahan, ada juga yang berkata Shuib bertuah kerana memilih orang yang tepat sebagai isteri.

Dalam pada itu, pengikut juga memaklumkan mereka sudah mula suka dengan perwatakan Watie dan mendoakan hubungan pasangan itu hingga ke akhir hayat.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampak la yang warga netizen ni caring pasal artis tempatan kita ni, lurvee la korang ni #jasminesuraya#artis#malaysian#netizen#tegur#ohartis#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media