[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Wanita Ini Berlari Untuk Undi Kerana Tinggal Seminit

21 Nov 2022 • 2:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Walaupun tinggal seminit lagi, wanita ini masih bergegas untuk pergi mengundi

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Wanita Ini Berlari Untuk Undi Kerana Tinggal Seminit. Pilihan raya umum (PRU15) baru-baru ini menyaksikan ramai warga Malaysa telah turun mengundi, dengan ramai yang memilih untuk pulang ke kampung halaman mereka semata-mata untuk mengambil bahagian dalam pengundian.

Namun, seorang pengundi mengambil perhatian ramai apabila dia dilihat berlari ke pusat mengundi kerana hanya tinggal satu minit lagi sebelum pengundian tamat!

image is not available
[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Wanita Ini Berlari Untuk Undi Kerana Tinggal Seminit

“Dia lah penentu segalanya,” – netizen

Dalam video TikTok yang dikongsi oleh pengguna @nsyahira94, seorang wanita dilihat berlari ke pusat mengundi untuk mengundi sejurus sebelum pusat mengundi ditutup pada hari itu.

Difahamkan, pusat mengundi tersebut hanya tinggal satu minit lagi sebelum ditutup pada pukul 6 petang dan wanita yang berlari ke arah pusat mengundi itu dikatakan tiba di situ pada pukul 5:59 petang!

Apa yang membuatkan video itu lebih melucukan ialah pegawai yang sedang bertugas turut memberi semangat kepadanya untuk bergegas ke pusat mengundi bagi melaksanakan pengundiannya.

Anda boleh menonton video penuh di sini:

@nsyahira24

Replying to @IYLA93penengAcc2⃣ Sound mulut ni yang tam rilex image is not available

♬ original sound – Sigigibesi – Sigigibesi image is not available

“Macam sorak sukan sekolah,” – netizen

Rata-rata netizen terhibur melihat wanita tersebut bergegas ke pusat mengundi itu semata-mata untuk mengundi – walaupun hanya tinggal seminit lagi!

Anda boleh baca antara komen menari pada video tersebut di bawah:

Apa-apa pun, respek juga dengan usaha wanita ni untuk turun mengundi walaupun tinggal seminit! image is not availableimage is not available