(VIDEO) “Orang Yang Acah-Acah Alim Ni Semua Dia Nak Marah” – Sajat Sokong Konsert Coldplay

Music
19 May 2023 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, konsert kumpulan penyanyi rock British, Coldplay yang bakal diadakan pada 22 November ini telah mengundang rasa kurang senang sesetengah golongan ulama dan PU.

Bukan itu sahaja, mereka turut meminta kerajaan untuk membatalkan konsert berkenaan kerana bimbang kumpulan penyanyi tersebut membawa budaya dan sokongan kepada golongan ‘pelangi’.

Tampil membidas kenyataan tersebut, usahawan sensasi, Nur Sajat meminta golongan ini untuk tidak menggunakan agama demi kepentingan sendiri.

image is not available

Orang yang acah-acah alim ni semua dia nak marah. Pura-pura menggunakan agama.

Jelasnya lagi, keterbukaan Malaysia untuk menerima kedatangan artis luar negara dapat meningkatkan lagi ekonomi dan secara tidak langsung mempromosikan sektor pelancongan negara.

Konsert ni bukan untuk orang Melayu je. Ada ja orang dari negara jiran tu nak datang tengok. Nama pun konsert, konsert tu disiarkan, dihebahkan, dihebohkan.

Bukan itu sahaja, Sajat berkata artis luar negara yang datang ke Malaysia pastinya sudah mengetahui tentang pantang larang sesebuah negara yang bakal mereka kunjungi.

Diorang akan tahu negara tu apa yang tak boleh, perkataan apa yang tak boleh keluar, baju apa tak boleh pakai, itu ini apa sensitiviti dekat Malaysia ni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Masih Tak Ambil Pengajaran?" - Konsert Coldplay, Ulama PAS Minta Orang Ramai Ingat Bencana Tsunami, Banjir