[VIDEO] Pasangan OKU Tendang, Libas Penunggang Motorsikal Di Jambatan Pulau Pinang

6 Feb 2024 • 2:45 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Seorang lelaki dan wanita bertindak samseng dengan menendang dan memukul penunggang lain di jalan raya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di aplikasi X, kejadian terbabit dipercayai berlaku di Jambatan Kedua Pulau Pinang, baru-baru ini.

Berdasarkan klip video berdurasi lebih satu minit itu, kedua-dua individu yang dipercayai orang kelainan upaya (OKU) dilihat menyerang secara sengaja beberapa penunggang motosikal berhampiran mereka.

Selain itu, wanita terbabit yang memegang tali turut melibas penunggang dan kenderaan lain sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, rata-rata meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkenaan selain mengambil tindakan ke atas pelaku.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved