Video Pasukan SAR Cari Jaslinda Jadi Perhatian

2 Jun 2026 • 10:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Video Pasukan SAR Cari Jaslinda Jadi Perhatian

Video Pasukan SAR Cari Jaslinda Jadi Perhatian

Sejak kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu, perhatian rakyat Malaysia terus tertumpu kepada perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan.

Setiap hari, ramai mengikuti perkembangan terkini, mengharapkan ada khabar gembira yang membawa kepada penemuan mangsa.

Di sebalik pelbagai laporan dan kemas kini operasi, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan pasukan penyelamat yang terlibat dalam misi tersebut.

Berdepan pelbagai cabaran

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan anggota penyelamat meredah kawasan berbukit, laluan sempit dan hutan tebal bagi menjejaki sebarang petunjuk yang boleh membantu menemukan Jaslinda.

Mereka berjalan jauh, mendaki kawasan curam dan menyusuri lokasi yang sukar diakses.

Baca juga:

Terdahulu, media melaporkan bahawa operasi udara turut berdepan pelbagai cabaran.

Antara yang dikenal pasti termasuk keadaan awan berkelompok, tiupan angin kuat serta ruang udara yang terhad akibat dikelilingi pokok-pokok tinggi dan tebal.

Pada masa sama, bentuk muka bumi Gunung Batu Putih yang mencabar turut menuntut tahap kewaspadaan tinggi daripada semua anggota yang terlibat.

Namun begitu, cabaran tersebut tidak mematahkan semangat pasukan SAR untuk terus meneruskan usaha pencarian.

Terus berjuang walaupun penat

Apa yang menyentuh hati ramai adalah melihat kesungguhan anggota penyelamat yang terus bekerja tanpa mengenal erti penat.

Dalam keadaan panas, lembap dan mencabar, mereka tetap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mencari sebarang petunjuk baharu.

Pengorbanan inilah yang membuatkan ramai netizen meluahkan rasa hormat dan penghargaan terhadap semua anggota yang terlibat dalam operasi tersebut.

Netizen titip doa & ucapan terima kasih

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan tugas.

Ada yang mengakui sebak melihat kesungguhan anggota SAR. Manakala, ramai lagi tidak putus-putus mengirimkan doa agar mereka diberikan kekuatan dan keselamatan sepanjang operasi berlangsung.

Selain itu, majoriti netizen turut berharap agar misi pencarian ini dipermudahkan dan membawa berita yang menggembirakan buat keluarga Jaslinda.